Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Aku Kembali ! (versi winter)

Imej
Assalamualaikum ...

Alhamdulillah .. excited sangat2 sebab dapat berdepan dengan Cik Lappy Comel ni .. :)
okeyh .. Aku kembali ke blog yang dah memang berhabuk ni .. rasa macam lama tak update .. rindu kau blog ..


okeyh .. sekarang kat Mesiq ni dah masok musim winter . seriusly sejuk .. tapi best and mencabar .. bila dah masok winter tahun ni , teringat la pulak winter tahun lepas .. best !
tapi , apakan daya .. masa tidak boleh diundur kembali .. yang dah lepastu , biarkan lah .. tapi , ia masih segar dalam ingatan :)

tahun lepas , time winter break , kami pi Ain Sukhnah .. pi mandi laut .. hah ? ada ka patut time winter pi mandi laut ? huhuhuhu .. pelik2 .. tapi , kami orang kuat ! time winter pon boleh mandi bha ~
rindu rindu rindu semua ni .. rasa macam nak ulang balik je ..


semua akhawat NT-1 batch aku .. comel2 semuanya deh . hahaha .. apa2 pon rindu kat korang .. ada kakak2 , adek2 .. tak silap aku la , sebelom pi Ain Sukhnah , kami ada pi jaulah maqaim .. tak silap , sebelom imti…

Sayyidah Siti Aisyah binti Abu Bakar

Imej
Assalamualaikum .. 

Alhamdulillah , hari ni el zahra nak share sikit dengan korang semua pasal Sayyidah Siti Aisyah ra .. Hari ni group usrah WhatsApp el zahra buat usrah pasal Sayyidah Aisyah ra .. Alhamdulillah , hari ni el zahra dapat join usrah :)


Rasulullah SAW membuka lembaran kehidupan rumah tangganya dengan Aisyah ra yang telah banyak dikenal . Ketika wahyu turun pada Rasulullah SAW , Jibril membawa khabar bahawa Aisyah adalah isterinya di dunia dan di akhirat , sebagaimana diterangkan di dalam hadis riwayat Tirmidzi dari Aisyah ra , Jibril datang membawa gambarnya pada sepotong sutera hijau kepada Nabi SAW lalu berkata ," Ini adalah isterimu di dunia dan di akhirat." Dialah yang menjadi sebab atas turunnya firman Allah SWT, yang menerangkan kesuciannya dan membebaskan dari fitnah orang-orang munafiq .

Sayyidah Aisyah dilahirkan 4 tahun sesudah Nabi SAW diutus menjadi Rasul . Aisyah salah satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara . Rasulullah SAW mengahwini Aisy…

Adab Berhias

Imej
Assalamualaikum .. 

Hari niey el zahra nak share sikit dengan korang semua pasal adab berhias . Semalam , group kat group usrah el zahra ada bincangkan pasal adab berhias . walaupon el zahra tak join usrah semalam atas sebab tertentu , Alhamdulillah , el zahra dapat baca sikit-sikit apa yang depe bincangkan semalam .. Alhamdulillah :)

# Islam merupakan agama yang mementingkan kekemasan dan kecantikan .. Rasulullah SAW pernah bersabda , " Sesungguhnya , Allah SWT itu cantik dan ia menyukai kecantikan .. kekemasan dan kebersihan diri umat Islam melambangkan kecantikan ajaran Islam itu sendiri .. Rasulullah juga menegaskan bahawa kebersihan itu sebahagian daripada Iman .. :)


Berhias Menurut Ajaran Islam

Berhias merupakan rutin harian manusia .. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Sayyidah Aisyah r.a , Rasulullah SAW telah bersabda , "Sepuluh hal yang termasuk fitrah : mencukur kumis , memotong kuku , menyela-nyela jari jemari , memanjangkan janggut , siwak , istinsyaq …

" Cinta High Class "

Imej
Assalamualaikum ..

Bismillahirahmanirahim.

“Dia berkepimpinan. Dia boleh jadi suami yang baik. Tapi dia belum tentu boleh jadi suami yang setia. Aku redha agamanya tapi aku belum redha akhlaknya.”

Berikut merupakan petikan ayat daripada buku ‘Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu”. Oleh kerana kawasan tempat tinggal tiada majlis-majlis ilmu, maka saya mengambil inisiatif untuk membelek balik buku-buku yang pernah saya beli dan baca dahulu untuk mengambil pengisian. Entah kenapa hati ini betul-betul terpanggil untuk membelek buku ‘Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu’ karya Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi. Saya pernah membacanya dulu. Saya fikir cukuplah saya baca sekali. Tapi hati ini betul-betul seperti dipaksa untuk membacanya sekali lagi dan saya percaya, ada hikmah disebalik perasaan ini.

Alhamdulillah. Selama beberapa hari membacanya. Cuba menyelami dan mengambil ilmu darinya. Ternyata ia bukan seperti buku-buku biasa. Ia NOVEL TARBIAH. Tidak hanya fokus k…

Kenangan Aidil Adha 2012

Imej
Assalamualaikum..

Alahai ~ dah lama tak update kat blog niey .. tak sempat nak berdepan dengan lappy yang comel niey :)
Apa-apa pon el zahra bersyukur sangat ke hadrat Ilahi sebab bagi peluang untuk berdepan dengan 'mek took' niey .. :)

First sekali el zahra nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kat korang semua ! tahun ni el zahra raya kat Misr ! tahun lepas pon sama .. kalau tak tahun ni nak raya haji kat Malaysia .. but , kena masok sekolah before raya haji .. kalau tak , takot kena buang dari sekolah .. tak pe la .. berkorban sementara jerp ..


03:32 PM

sekarang kat sini petang lagi .. baru masok waktu asar .. kat Malaysia dah pukul 9 malam dah .. dah takbir raya dah pon .. huhuhu .. kami di sini masih lagi menahan perut yang tengah lapar ni untuk bukak pose .. apa-apa pon , sabar ..


aduhai ~ tengok gambar air kat atas ni makin terliur lah pulak .. hehehe .. ada orang mesej el zahra , dia suruh el zahra cerita pasal raya haji kat Misr ni .. erm .. insyaAllah el zahra bol…

zikir bersulam cinta

Imej
Assalamualakum .. 


Alhamdulillah , bersyukur kita kepada Allah yang telah memberikan kita peluang dan ruang untuk menjadi hamba yang bertaqwa kepadaNya .. Dan insyaAllah , hari ni el zahra nak share serba sedikit dengan korang semua tentang "Zikir Bersulam Cinta" niey .. Ni apa yang el zahra tahu serba sedikit je la apa yang el zahra dah belajar .. selamat membaca .. :)

                                                         ..............................................

"Sesungguhnya Allah telah memberi kurniaan besar kepada orang-orang beriman apabila Dia mengutuskan diantara mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri yang mendakwahkan ayat-ayat Allah , menyucikan mereka ( dari syirik dan kufur ) dan mengajar Al-Kitab (al-Quran) dan al-hikmah (as-sunnah) , padahal sebelum ini mereka di dalam kesesatan yang nyata . "  - ali imran : 164 -               
Rasulullah SAW bersabda , " Tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga kehendaknya seperti apa ya…

Antara Cinta dan Cita-Cita

Imej
Assalamualaikum .. 

Alhamdulillah , bersyukur kita kepada Allah kerana telah memberi kita peluang dan ruang untuk terus bernafas di atas muka bumi ini .. Dan Alhamdulillah , el zahra bersyukur sangat-sangat sebab hari ini Allah telah memberi el zahra peluang dan ruang untuk terus bertinta .  haish .. da lama el zahra tinggalkan blog ni .. bersarang dah pon blog ni .. hee :)

Hurm , mesti best kan raya tahun nie ? Banyak tak duit raya korang ? Meh la post sikit kat sini .. heheheh .. Masih tak terlambat untuk el zahra ucapkan kepada semua " Selamat Hari Raya Aidilfitri . Maaf Zahir Dan Batin ." Sory la tak ada duit raya .. El zahra pon tak dapat duit raya , makin besar makin tak de pulak orang nak bagi kan :)

Alhamdulillah , hari ini el zahra nak menceritakan serba sedikit tentang CINTA dan CITA-CITA .. Sebenarnya fikiran ini serabut memikirkan antara keduanya .. Kalau korang pilih yang mana ? Cinta atau Cita-cita ? Mesti korang pening kan .. Hurm ..

" Ya Allah , Kau permu…

Rindu Mesir

Imej
Assalamualaikum ..

Alhamdulilllah , bersyukur kita kepada Allah yang telah memberi kita peluang dan ruang untuk terus bernafas sehingga ke detik ini . :)

Hurm , hari ini el zahra tiba-tiba rasa sayu .. Hati ni rasa rindu .. Hurm .. teringat kat Mesir .. Kenapa tiba-tiba Allah nak campakkan semua rasa hari ni ?

Ya Allah , Kau kuatkanlah hambaMu ini ya Allah ..
Sabar yerp el zahra . Hurm . serius , rindu sangat-sangat Mesir .. Teringat satu-satu kenangan daripada mula menjejak kaki sampai sebelum fly to Malaysia hari tuh . Huhuhu . Ya Allah , rindunya ! Hurm .. macam mana lah raya kat Mesir tahun nie . Ya Allah , Kau selamatkanlah bumi Mesir ya Allah ..
Hurm , Rindu nya . Allah je yang tahu betapa rindunya hati ini pada Mesir .. Ingat lagi , time mula-mula sampai Mesir . El zahra datang bawah AHM . El zahra datang dengan sahabat-sahabat el zahra .. 24 orang akhawat , 17 orang ikhwah .. Semuanya baya-baya el zahra je . 13 tahun sampai 18 tahun .. And then semuanya baik-baik . Alhamdulilla…