Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Tentang Malu

Imej
Assalamualaikum...

alhamdulillah , bersyukur kita kepada Allah kerana telah memberi kita peluang dan ruang untuk terus menjadi hambaNya..InsyaAllah .. Dan Alhamdulillah , 3 hari lepas (da lama da lepas nye ) el zahra dan lagi 2 orang sahabat el zahra telah selamat sampai ke tanah air pada jam 10.45pm .. Alhamdulillah .. :)
El zahra rasa bersyukur sangat sebab Allah dah bagi el zahra peluang dan ruang untuk jumpa family el zahra .. Walaupun baru setahun lebih el zahra tak jumpa family el zahra .. Tapi rindu tu berbuak-buak ..



Sebenarnya el zahra tak sabar nak tengok adek baru el zahra tu .. hehehe .. tak sabar nak dukung dia , nak jaga dia .. I like baby . sebab baby tu comey . pastu kalau tengok baby mesti hati ni tenang je . hurm . baby baby ..

El zahra teringat sebelom el zahra fly to Malaysia , sahabat el zahra , Sidratul Muntaha dan Muzayyan Kalamullah bawa el zahra pergi berbuka dekat rumah ustaz/ustazah depa kat Hussien .. Hurm .. el zahra nie jenis segan sikit dengan orang yang…

Tentang Mesir

Imej
Assalamualaikum 

Alhamdulillah , bersyukur kita kepada Allah swt kerana telah memberikan kita nikmat peluang dan ruang untuk bertemu kembali . Dan syukur Alhamdulillah , hari ini semua sahabat-sahabat el zahra telah selamat sampai ke tempat destinasi mereka pada jam 1 petang (waktu malaysia) .Semoga korang semua dapat sampaikan ilmu yang korang belajar tu kepada masyarakat sekeliling korang . Ameen .=)


Hari ini el zahra nak mengongsi sedikit tentang isu semasa Mesir .. Haish ..Walaupun el zahra tak keluar pergi mana-mana lepas rusuhan tu, tapi Alhamdulillah el zahra tahu la serba sedikit tentang isu semasa Mesir ni daripada sahabat-sahabat el zahra ..Dan InsyaAllah , marilah sama-sama kita mendoakan supaya semua saudara Islam kita selamat dan kita mendoakan supaya tiada pertumpahan darah lagi pada masa akan datang . InsyaAllah .. Ameen .. 

"Wahai Tuhan kami, berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,
Ya Tuhan kami, berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,
Ya Tuhan kami, …

SAHABAT + UKHWAH

Imej
Assalamualaikum ...

Alhamdulillah , segala puji bagi Allah yang telah memberikan kita peluang dan ruang untuk terus bernafas di atas muka bumi ini . Dan insyaAllah semoga kita dapat juga memperolehi nikmat Iman .. Amiin ..

Hari ni ramai kawan el zahra nak 'fly to malaysia'. For what ? Untuk sebarkan ilmu yang dipelajarilah .Dan sebelum ini ada juga kawan el zahra yang dah fly to malaysia . Alhamdulillah , dengan kekuasaan Allah swt , mereka selamat sampai ke tempat destinasi yang hendak dituju .Apa-apa pun , el zahra minta maaf sangat-sangat sebab el zahra tak boleh nak hantar korang ke airport.Dan insyaAllah mungkin sahabat el zahra , Sidratul Muntaha wakil daripada el zahra yang mengiringi korang ke airport hari ni . InsyaAllah ..El zahra doakan semoga perjalanan korang selamat sampai ke tempat destinasi .

Sahabat-sahabat seperjuangan yang satu beach dengan el zahra .. Semoga ukhwah kita kekal hingga ke syurga ..=)
Hurmm .. cakap pasal ukhwah , insyaAllah hari ni el zahra nak men…

~TENTANG CINTA~

Imej
Assalamualaikum ..

Alhamdulillah ..Mari kita sama-sama mengangkat kesyukuran kepada Allah swt yang telah memberikan kita peluang dan ruang untuk kita terus hidup di atas muka bumi ini. Alhamdulillah , segala puji bagi Allah yang telah menciptakan manusia ini berpasang-pasangan sepertimana firman Allah swt yang bermaksud :
           "Lalu Dia menjadikan darinya sepasang lelaki dan perempuan .."                                                                                        (surah al-Qiyamah:39)
Hari ini el zahra ingin menceritakan  sedikit tentang 'CINTA' ..Hari ini ramai daripada kalangan kita yang mabuk dengan cinta manusia . Adakah itu digalakkan oleh Islam ?Tak salah kalau kita nak bercinta dengan manusia,tapi adakah sudah cukup cinta kita kepada Allah?Bercinta dengan Allah itu lebih afdhal daripada kita bercinta dengan ciptaan Allah swt.
            "Cintakan bunga,bunga kan layu ..               Cintakan manusia,manusia akan mati ..               Cintakan R…

KEPENTINGAN MENJAGA SOLAT PADA WAKTUNYA

Imej
Solat perlu dijaga supaya kita tidak diazab oleh Allah kelak di akhirat.Apa yang disedihkan pada dunia hari ini tidak kira dimana-mana,mereka menganggap solat sebagai perkara yang remeh.Mereka tidak mengerjakannya,tidak menghormati dan ada juga yang mana selesai solat terus lupa kepada Rabbnya seperti membuat maksiat...betul !!Inilah realitinya.Terdapat pelbagai peringatan mengenai solat,antaranya :-

1.Dalam Surah Maryam 59-60 "Maka datanglah sesudah mereka,pangganti yang mensia-siakan (اضاعوا) solat dan menurut hawa nafsu,maka mereka akan menemui kesesatan kecuali orang yang bertaubat,beriman dan beramal soleh." Berkata Ibnu Abbas r.a, "Bukankah makna kalimah (اضاعوا) bermaksud meninggalkan solat tetapi mereka melewat-lewatkan solat.

2.Menurut Sai'd Al-Musayyid (wafat 97 h):"Mereka yang tidak solat Zohor sehingga Asar,dan tidak solat Asar sehingga tiba waktu Maghrib...(dan seterusnya).
Sekiranya dia maeninggalkan dalam keadaan tidak bertaubat kepada Allah,maka …

~BERKENAAN PANDANGAN PEMERINTAH~

Imej
Hassan Al-Banna menjelaskan di dalam Risalah Taalim,Usul Kelima bahawa:

1.Ada keadaan kita wajib mengikut pandangan pemerintah.
2.Ada keadaan kita tidak wajib mengikut pandangan pemerintah.

Bila Wajib?

Wajib mengikut pandangan pemerintah dalam soal-soal ijtihad iaitu dalam:

~Perkara yang tiada nas.

Iaitu perkara yang tiada nas qat'e(tetap) tetapi masih ada bandingan bagi dikiaskan hukumnya.Contoh dalam isu menjual hamba wanita yang melahirkan anak tuannya atau dikenali sebagai 'Ummu Walad'.Tiada nas tetap berkaitan dengannya.Pada zaman Nabi dan Abu Bakar,ia dijual.Pada zaman Umar,penjualan itu diharamkan.Pada zaman Ali,ia dibenarkan semula kemudian ditegah.Setiap pemerintah memilih apa yang terbaik pada zamannya kerana tiada nas yang membolehkan atau mengharamkannya.Contoh lain yang berkaitan adalah,sesetengah hukum-hakam kehakiman,urusan peperangan dan lain-lain.

~Perkara yang boleh ditafsirkan dalam banyak wajah.

Perkara yang memiliki beberapa dalil.Contohnya hukum hudud k…

KISAH WANITA YANG TIDAK MAHU BERKAHWIN TIDAK DILABEL NABI SEBAGAI MENOLAK SUNNAHNYA

Imej
"Direkodkan oleh Abu Said al-Khudri r.a katanya,"Seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah SAW kerana anak gadisnya tidak mahu berkahwin."Nabi berkata kepada gadis yang dimaksudkan,"ikutlah cakap ayah kamu itu."
          Jawab si gadis,"Saya tidak akan berkahwin sehingga Rasulullah SAW menyatakan apa tanggungjawab saya sebagai isteri."
          Baginda Rasulullah SAW berkata,"Jika suamimu berkudis,lalu engkau rawat kudisnya dengan mulutmu,maka perbuatan itu tidak wajar dianggap sebagai keterlaluan."
          Jawab si gadis,"Demi Allah!Kalau begitu(beratnya)tugas isteri,aku tidak akan berkahwin selama-lamanya."
          Sabda Nabi kepada ayahnya,"Jangan engkau paksa dia berkahwin.Biarlah dia membuat keputusan sendiri."
          Daripada kisah ini,dapat kita kutip hikmah bagaimana Rasulullah SAW meraikan suara seorang wanita.Wanita itu lebih tahu kemampuan dirinya sendiri bagi tidak memikul tugas berat sebagai i…

~manisnya sebuah ukhuwah~

Imej
Bismillahirrahmanirrahim...
Selaut kesyukuran saya limpahkan bagi Allah SAW,selawat dan salam buat junjungan Nabi teragung,baginda Rasulullah SAW,keluarga,para sahabat dan para tabi' tabi'in.

Menurut As-Syahid Imam Hassan Al-Banna:Hati dan jiwa ditautkan dengan aqidah.aqidah adalah ikatan yang paling kuat dan paling berharga.Ukhuwah adalah saudara kandung iman.Perpecahan adalah saudari bagi kekufuran.Kekuatan yang paling ampuh adalah kekuatan kesatuan.Tiada kesatuan tanpa kasih sayang.Kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati (terhadap saudara seislam),dan yang paling tinggi ialah ithar (mengutamakan orang lain dari diri sendiri).

Bagaiman berukhuwah dalam masyarakat?

Ketika peristiwa hijrah ke Madinah,selain dari pembinaan masjid sebagai tempat ibadah dan pusat penyebaran ilmu,Nabi SAW telah melakukan satu proses yang menjadi asas dalam menguatkan Islam,iaitu mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar.Taakhi adalah satu kaedah yang hasilnya terbentuk kekuatan …

~kelebihan selawat ke atas Nabi~

Imej
# sekali kita berselawat ke atas Nabi,10 kali Allah berselawat ke atas kita..

ketika Nabi dinaikkan ke langit ketika Isra' Mikraj,Nabi telah berjumpa satu malaikat yang ada 1000 tangan.Pada satu tangan mempunyai 1000 jari..kelebihan malaikat itu ialah dapat mengira berapa titisan air hujan yang turun ke bumi,berapa titisan hujan yang turun di laut,dan berapa titisan air hujan yang turun di darat.melihat kelebihan itu,Nabi berasa kagum,lalu malaikat itu baerkata,"setiap kelebihanku masih ada kekurangan..iaitu aku tak dapat mengira bilangan selawat dari umatmu keatasmu.kerana setiap sekali mereka berselawat ke atasmu,allah menggandakannya..."

~ صلوا على النبي~
اللهم صل على سيدنا محمد
وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
Imej
Alhamdulillah ..
Selesai saja solat maghrib dan mengulang hafalanku,tiba-tiba telefonku berbunyi.."SAHABATKU".
terpapar namanya di skrin telefonku.kemudian aku mengangkat talian telefon.bermulalah dialog kami...

ana:        assalamualaikum warahmatullah.
sahabat:  waalaikum assalam warahmatullah.
ana:        kaifa hal ya sodiqi?
sahabat:  alhamdulillah khir..enti?
ana:        alhamdulillah khir.ada apa enti telefon ana ni?ada hal penting ke?
sahabat:  ana ada berita gembira nak bagitahu enti ni.gembira sangat.
ana:        berita apa?
sahabat:  tapi enti kena janji dengan ana tak bagitahu orang lain.
ana:        insyaAllah biiznillah.tapi sebelum ini ana ada bagitahu orang lain ke pasal enti?
sahabat:  ana gembira sangat.nanti lepas terawih insyaAllah ana bagitahu enti berita ini.
ana:        aik?tadi kata nak bagitahu sekarang.sekarang lah..ana nak tahu sekarang.tak sabar ini.
sahabat:  mana boleh.kalau ana bagitahu sekarang nanti enti solat terawih tak khusyuk.
ana:        tapi kalau enti…

Fakta yang Perlu Diketahui Mengenai Pernikahan Rasulullah SAW:Sebab Nafsu ataupun Kepentingan Agama?

Imej
Nama Isteri

1. Khadijah al-Khuwailid

Sebab Pernikahan

~Akhlaknya mulia.Agamanya fitrah,sepupunya Waraqah bin Naufal seorang ahli kitab yang jujur.
~Melindungi janda yang kematian suami.

Hikmah Pernikahan

~Rasulullah tidak pernah menduakan Khadijah ketika hayatnya.
~Malah tidak mengambil hamba ketika hidup bersama Khadijah.
~Khadijah seorang isteri yang menunaikan setiap kewajipannya.
~Beliau mampu memberikan baginda keturunan.
~Bersama baginda saat susah mahupun senang,ketika baginda diancam dan dipinggirkan.
~Bukankah baginda menunjukkan contoh tidak menduakan isteri yang memiliki semua kualiti ini?
~Rasulullah SAW tidak berpoligami saat anak-anak baginda sudah besar dan mampu berdikari.
~Rasulullah bermonogami selama 25 tahun.
~Rasulullah sentiasa terkenang-kenangkan zaman monogaminya dengan Khadijah sehingga Aisyah   cemburu walaupun Khadijah telah lama wafat.
~Keluarga Rasulullah tidak mengalami konflik yang berat ketika berada dalam suasana monogomi.Anak-anak baginda membesar dalam s…

Love Palestine

"ISLAM MENGANGKAT DARJAT WANITA"

Imej
~MENGUTAMAKAN IBU KE ATAS BAPA

  Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata,"Wahai Rasulullah,siapakah orang yang                
paling berhak aku hormati?"Baginda menjawab,"Ibumu!"Lelaki itu terus bertanya,"Kemudian siapa?"Nabi   SAW menjawab,"Ibumu!"Lelaki itu bertanya lagi,"Kemudian siapa?"Nabi SAW  menjawab,"Ibumu!"Sekali lagi lelaki itu bertanya,"Kemudian siapa?"Nabi SAW menjawab,"Bapamu!" (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

~ANAK PEREMPUAN MENJADI PENYELAMAT DI AKHIRAT

 "Barangsiapa yang menanggung dua anak perempuan,lalu berbuat baik pada kepada mereka,maka mereka akan menjadi tirai pencegah baginya dari api neraka."
Begitu juga bagi mereka yang mempunyai satu atau lebih anak perempuan.(Direkodkan oleh Bukhari)

~WANITA BUKAN HAMBA LELAKI TETAPI SETARAF DARIPADA SEGI NILAI KEMANUSIAAN BAGAIKAN ADIK-BERADIK

 "Sebenarnya wanita itu adalah saudara kandung lelaki."(Dir…