~TENTANG CINTA~

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah ..Mari kita sama-sama mengangkat kesyukuran kepada Allah swt yang telah memberikan kita peluang dan ruang untuk kita terus hidup di atas muka bumi ini.
Alhamdulillah , segala puji bagi Allah yang telah menciptakan manusia ini berpasang-pasangan sepertimana firman Allah swt yang bermaksud :

           "Lalu Dia menjadikan darinya sepasang lelaki dan perempuan .."
                                                                                       (surah al-Qiyamah:39)

Hari ini el zahra ingin menceritakan  sedikit tentang 'CINTA' ..Hari ini ramai daripada kalangan kita yang mabuk dengan cinta manusia . Adakah itu digalakkan oleh Islam ?Tak salah kalau kita nak bercinta dengan manusia,tapi adakah sudah cukup cinta kita kepada Allah?Bercinta dengan Allah itu lebih afdhal daripada kita bercinta dengan ciptaan Allah swt.

            "Cintakan bunga,bunga kan layu ..
              Cintakan manusia,manusia akan mati ..
              Cintakan Rasul,cinta sejati ..
              Cintakan Allah kan kekal abadi .."



Apakah itu Cinta High Class ?
Cinta high class adalah cinta yang mendaulatkan Allah nombor SATU.Cinta high class ini sangat digalakkan oleh Islam.Tetapi kenapa manusia sering mengetepikan cinta ini hanya semata-mata untuk cinta manusia ?Ingatlah wahai manusia!Berikanlah hati kamu pada Allah dan Rasul terlebih dahulu.Siapakah kita tanpa cinta-Nya ?Kita ni hanya manusia biasa yang sangat lemah..Sepertimana firman Allah swt yang bermaksud :

        "Allah hendak memberikan keringanan kepadamu,kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah.."
                                                                                                           (surah an-nisa':28)



Adakah wujud "ISLAMIC COUPLE" ?
Sebenarnya di dalam Islam tidak pernah wujud islamik couple.Sebab couple itu HARAM sampai bila-bila ..Couple ni umpama khinzir yang mana orang Islam haram menyentuhnya sampai bila-bila ..Walaupun kita bela khinzir tu , bagi dia makan makanan yang bagus , kita sertu (samak) dia, kita mandikan dia setiap hari,kita Islamkan dia,tapi hukumnya kita tetap HARAM makan khinzir kan ,walaupun khinzir itu Islam ? Begitu juga dengan islamik couple .Tiada istilah islamik couple dalam Islam. Islam menggalakkan kita bercinta selepas nikah ..Itu lebih afdhal..Dan alhamdulillah ,ramai juga yang telah menperolehi cinta selepas nikah ..


Semalam el zahra ada terbaca satu blog ni ,http://www.aisyahhumaira.com/  ..MasyaAllah , el zahra terharu sangat dengan penulisan blog ni . el zahra tak pernah jumpa lagi blog yang sebegini . Harap-harap pengunjung blog el zahra dapat pula mengunjungi blog Aisyah Humaira' ini .Apa-apa pun , el zahra nak mengucapkan tahniah dan syabas kepada puan empunya blog http://www.aisyahhumaira.com/ atau dikenali sebagai kak Munirah Zahari serta suaminya yang tercinta , Ustaz Safwan Wahab kerana telah memperolehi nikmat bercinta selepas nikah . Sungguh nikmat orang yang dapat memperolehi bercinta selepas nikah ni .InsyaAllah , dengan penulisan blog kak Munirah , kami semua dapat mengikut contoh kak Munirah dan suami yang tercinta .

     "Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin.."(surah adz-dzariyat:55)

Akhir sekali , el zahra nak meminta maaf kepada semua jikalau el zahra ada kekurangan tentang penulisan blog kali ini . Jikalau ada kekurangan ,el zahra minta pengunjung blog el zahra tinggalkan komen ataupun ulasan daripada semua..

Pesanan kepada rakan blog el zahra ,solat awal waktu, jagalah ikhtilat antara lelaki dan perempuan  ,jangan lupa hubungan dengan Allah ,please say NO to couple okeyh !
Assalamualaikum .. =)





Ulasan

  1. penulisan akak biasa2 je, sekadar berkongsi pengalaman. :)

    Jaga diri, jaga hati, hiasi peribadi, raih cinta Ilahi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah .. Syukran akak .. :)

      Barakallahu fiki .. :)

      Padam
  2. semoga dengan penuliasan sebegini dapat membuka mata anak2 muda masa kini.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rindu Mesir

Cebisan Kenangan