Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

Sayyidah Siti Aisyah binti Abu Bakar

Imej
Assalamualaikum .. 

Alhamdulillah , hari ni el zahra nak share sikit dengan korang semua pasal Sayyidah Siti Aisyah ra .. Hari ni group usrah WhatsApp el zahra buat usrah pasal Sayyidah Aisyah ra .. Alhamdulillah , hari ni el zahra dapat join usrah :)


Rasulullah SAW membuka lembaran kehidupan rumah tangganya dengan Aisyah ra yang telah banyak dikenal . Ketika wahyu turun pada Rasulullah SAW , Jibril membawa khabar bahawa Aisyah adalah isterinya di dunia dan di akhirat , sebagaimana diterangkan di dalam hadis riwayat Tirmidzi dari Aisyah ra , Jibril datang membawa gambarnya pada sepotong sutera hijau kepada Nabi SAW lalu berkata ," Ini adalah isterimu di dunia dan di akhirat." Dialah yang menjadi sebab atas turunnya firman Allah SWT, yang menerangkan kesuciannya dan membebaskan dari fitnah orang-orang munafiq .

Sayyidah Aisyah dilahirkan 4 tahun sesudah Nabi SAW diutus menjadi Rasul . Aisyah salah satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara . Rasulullah SAW mengahwini Aisy…

Adab Berhias

Imej
Assalamualaikum .. 

Hari niey el zahra nak share sikit dengan korang semua pasal adab berhias . Semalam , group kat group usrah el zahra ada bincangkan pasal adab berhias . walaupon el zahra tak join usrah semalam atas sebab tertentu , Alhamdulillah , el zahra dapat baca sikit-sikit apa yang depe bincangkan semalam .. Alhamdulillah :)

# Islam merupakan agama yang mementingkan kekemasan dan kecantikan .. Rasulullah SAW pernah bersabda , " Sesungguhnya , Allah SWT itu cantik dan ia menyukai kecantikan .. kekemasan dan kebersihan diri umat Islam melambangkan kecantikan ajaran Islam itu sendiri .. Rasulullah juga menegaskan bahawa kebersihan itu sebahagian daripada Iman .. :)


Berhias Menurut Ajaran Islam

Berhias merupakan rutin harian manusia .. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Sayyidah Aisyah r.a , Rasulullah SAW telah bersabda , "Sepuluh hal yang termasuk fitrah : mencukur kumis , memotong kuku , menyela-nyela jari jemari , memanjangkan janggut , siwak , istinsyaq …

" Cinta High Class "

Imej
Assalamualaikum ..

Bismillahirahmanirahim.

“Dia berkepimpinan. Dia boleh jadi suami yang baik. Tapi dia belum tentu boleh jadi suami yang setia. Aku redha agamanya tapi aku belum redha akhlaknya.”

Berikut merupakan petikan ayat daripada buku ‘Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu”. Oleh kerana kawasan tempat tinggal tiada majlis-majlis ilmu, maka saya mengambil inisiatif untuk membelek balik buku-buku yang pernah saya beli dan baca dahulu untuk mengambil pengisian. Entah kenapa hati ini betul-betul terpanggil untuk membelek buku ‘Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu’ karya Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi. Saya pernah membacanya dulu. Saya fikir cukuplah saya baca sekali. Tapi hati ini betul-betul seperti dipaksa untuk membacanya sekali lagi dan saya percaya, ada hikmah disebalik perasaan ini.

Alhamdulillah. Selama beberapa hari membacanya. Cuba menyelami dan mengambil ilmu darinya. Ternyata ia bukan seperti buku-buku biasa. Ia NOVEL TARBIAH. Tidak hanya fokus k…