Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

Setangkai rasa Semanis Kesyukuran

Imej
Bersyukurlah kita dengan apa yang kita ada dan  kita memiliki kerana dengan bersyukur hidup kita akan menjadi  tenang  setenang air di tasik . Begitu juga air yang tenang  akan berkocak, disaat riak-riak kocokannya sangat memukul kedamaian ibarat didalam destinasi kehidupan ini. Kehidupan yang tenang boleh berkocak dek kerana masalah-masalah yang diibaratkan seperti batu yang dilempar kedalam air. Nescaya akan berkocak dan tenggelam nun jauh didasar  tasik .



Walaupun apa jua yang kita hadapi, kita masih ada harapan. Jadi dengan harapan itulah kita berharap kepada yang maha esa, dia mengetahui disudut pelusuk jua keberadaan kita. Dengan berdoalah, nescaya kehidupan kita akan tenang kerana Allah tidak pernah menafikan hak-hak hambanya.



Cuba kita lihat kita berada di muka bumi Allah ini 
Adakah Allah menarik kembali udara2 yang kita sedut 
Adakah Allah meghilangkan cahaya dari sang matahari 
Adakah Allah meghilangkan kelam malam untuk kita lena beradu 

Berharaplah kepada Allah Sang…

Solusi-Nya Si Kumbang Dimadukan

Imej
Assalamualaikum .

Bertemu lagi kita di post entry kali ini yang berkaitan dengan Isu Poligami yang telah dihasilkan oleh nukilan dan pandangan beliau sendiri. Saya telah meletakkan penulisan ini supaya sama-sama kita beroleh manfaat apa yang dihasilkan dan serba sedikit beroleh ilmu apa yang diutarakan tentang perkara ini. Mudah-mudahan ilmu yang sedikit ini dapat beroleh 1001 manfaat dalam memperkembangkan mutiara ilmu tersebut.

Poligami, sesuatu yang amat ditakuti kaum hawa sehingga ada yang membuat keputusan untuk tidak berkahwin selamanya kerana bimbang akan risiko poligami boleh berlaku dalam hidup mereka. Dalam fikiran dan tanggapan mereka, poligami hanyalah merosakkan kebahagiaan dalam rumah tangga. Poligami juga menyifatkan perempuan sebagai perampas. Hal perkahwinan seperti ini boleh membuatkan seorang perempuan itu mengalami kemurungan yang amat dahsyat dalam sejarah hidup mereka. Tidak kurang juga halnya kepada kaum lelaki. Ia juga memberikan satu klasifikasi ke…

Se Usai Rencana , Se Mudah Bicara

Imej
Syukur Alhamdulillah kerana dipermudahkan segalanya oleh Allah atas apa jua yang direncanakan. Mungkin ada hikmah yang lebih besar Allah aturkan disetiap pengaturan kehidupan manusia itu .

Ini adalah langkah pertama atas 1001 langkah yang akan saya terus perjuangkan dan amalkan!!! Man jadda wa jadda..setiap yang berusaha pasti akan dibantu oleh Allah. Saya sentiasa bersangka baik pada apa jua yang telah Allah beri samada dugaan mahupun nikmat Allah swt.

Banyak benda dalam hidup ini sebenarnya terjadi bukan kehendak kita. Kita mahu apa yang kita kehendaki tetapi Allah bagi apa yang kita tidak kehendaki. Sebagai contoh yang saya boleh berikan iaitu ada orang mahukan kawan yang sentiasa mengambil berat tentang dirinya tetapi Allah hadiahkan kawan yang sebaliknya pada diri kita.  Ada orang mahu berkahwin di usia muda tetapi Allah lambatkan pengakhiran jodohnya sedikit dan sebagainya.



Perkara ini seringkali berlaku dalam kehidupan lantas kita mendongak ke langit dan dilubuk ha…

Disebalik Jiwa Meronta, Diselubungi Hati Keresahan

Imej
Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak. Tetapi.. kenapa hati kita tidak gembira? Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita minta sungguh-sungguh pada Allah. Tapi.. kenapa susah sangat doa kita nak makbul oleh Allah? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Diselubungi Hati keresahan
Hati kita tidak gembira sebab kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tidak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tidak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Disebalik Jiwa Meronta
Kita senantiasa meminta pada Allah, tapi kita tidak pernah minta ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada …

Rantaian Susur JaLan kehidupan

Imej
Sedar  tidak sedar daripada mimpi yang panjang , akhirnya masa sudah tiba dalam mengorak langkah kegemilangan kemenangan dan kekalahan . Kemenangan apa ? Kekalahan apa ? Bukan ingin mempersoalkan kemenangan atau kekalahan tetapi kesedaran kita dalam bangkit berjuang mengorak langkah islam itu sendiri dalam medan dunia dakwah , politik , agama dan sebagainya kerana  didunia ini yang tidak menjanjikan umatnya akan kekal selama-lamanya . 

Sudah lama saya dikawal gerak. Dikawal dengan sebuah ideologi dan gaya hidup yang paling bisa beracunnya , tetapi dihias indah dengan kesenangannya . Saya buta dalam memilih. Saya khilaf dan terpelosok jurang  dalam menafsir sesuatu perkara. Sudah lama Tuhan membiarkan saya hanyut bersama kekhilafan  yang didokong oleh diriku.

Saya menatap doa kesyukuran dan keredhoan , walau diri saya  tidak tahu apa yang baik bagi diriku. Saya hidup dengan telunjuk manusia yang pelbagai. Ada yang menunjuk ke kiri, ada yang menunjuk ke kanan, hatta ada jug…

Perigi Tolak Timba

Imej
Timba: Assalamualaikum perigi. I dahh lama berkenan kat you. Nak tak you jadi isteri I?
Perigi: Waalaikum salam.

(senyap seminit)

Timba: Kenapa senyap?
Perigi: Senyap tandanya tak sudi.
Timba: Kenapa?
Perigi: Sebab awak cantik dan bersih sangat. Saya ni kotor. Saya tak layak untuk awak. Saya nak timba yang buruk sikit dan rosak sikit.

(timba pon balik rumah dan suruh si penyapu ketuk dia)

Timba: Penyapu! Ketuk aku sikit je. Aku nak retak sikit je.

(penyapu pon ketuk.)

...................................................

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhh..
Hari ni Cik Bunga Coklat mulakan dengan isu yang diketengahkan oleh Ustaz Azharuddin.

Ustaz Azharuddin Abdul Rahman ada menyatakan bahawa sorang ikhwah ataupon sorang mahasiswa telah mengadu kepada beliau. Dan mempersonal mesej beliau, mengatakan bahawa beliau telah melamar sorang wanita yang dikira solehah. Namun, lamaran ditolak atas alasan,

*Respons wanita solehah sangat :p
maaf, awak terlalu soleh untuk saya. Diri ini tida…

Perigi Cari Timba

Imej
Timba: Assalamualaikum perigi. I dahh lama berkenan kat you. Nak tak you jadi isteri I?
Perigi: Waalaikum salam.
(senyap seminit)
Timba: Kenapa senyap?
Perigi: Senyap tandanya tak sudi.
(timba kecewa, sedih)
...................................
Mesti benda ni selalu jadi kat ampa kan? hurmm.. mesti punye.. kan2?! Hurmm, pompan selalu mengalami masalah untuk memilih pasangan mereka kerana mereka menganggap,

Cik lady: Aikk? Ang yang melamar lelaki? Tak malu!! Pompan murahh!! Takde maruah!!

Takde maruah? Apesal pulak? Sebab dia nak jaga maruah dia, dia lamar lelaki, dia nak elak daripada dosa zina. 

-Zina Mata
-Zina Hati
-Zina tangan
-Zina kaki

Sorang wanita pernah menawarkan dirinya kepada Rasulullah SAW. Ada perempuan lain menyatakan bahawa wanita itu tidak malu. Walaupon begitu, pandangan perempuan itu disanggah oleh bapanya sendiri, iaitu Anas R.A. Beliau menyatakan wanita itu lebih baik kerana dia suka nabi SAW, lalu menawarkan dirinya.

So, what the problem??

Laki ni suka sangat kalau pompan nak mel…