Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

Ubah atau Rebah

Imej
"Berubahkah aku , hanya bila ada sesuatu....."

Sepotong lirik lagu Berubah nyanyian Edcoustic.
Kelmarin, sedang santai-santai di waktu petang, handset aku berbunyi menandakan ada mesej masuk. Melihat nama yang tertera pada skrin handset, aku gembira. Satu nama yang sekian lama aku nantikan , dan satu wajah yang sangat rindu untuk aku tatap.
Membaca mesejnya, aku dapat membayangkan dia sedang berbicara dengan nada yang lembut. "Lorna pernah dengar tak ayat ni - masa kosong tu, jalan membuka kemaksiatan"
Allah. Nasihat yang sangat berguna saat diri ini memang sedang diuji dengan masa kosong, masa senggang.
Dan, aku teringat " pemuda itu ibarat tin kosong. Jika kamu tidak mengisi, kamu akan diisi"

Dahlah, aku nak jadi baik. Memang susah, tapi aku nak cuba!

Aku memang nak berubah, ya Allah. Sementara nyawa masih belum tiba di tenggorokku.


Kerana Dia, aku harus kuat. Hidup ini,kan kerana Allah semata-mata.

Dalam kitab Mukashafah Al-Qulub karangan Imam Ghazali ada tertulis…

Diam atau Bicara

Imej
Assalamualaikum...

Bicara soal cinta, memang indah.

Tapi, untuk mendapat cinta sejati, sungguh payah.

Bukan semudah memetik jari

Tapi perlu berjalan , berlari, tersungkur bangun kembali dan akhirnya, tiba ke destinasi cinta.

Cinta sejati , cinta hakiki , cinta Ilahi.

Cinta sejati , cinta abadi, cinta seseorang yang akan menarik kita hingga ke firdausi.

Hakikatnya, untuk mendapat cinta Ilahi jauh lebih payah daripada mendapat cinta seseorang yang menarik kita ke firdausi.


"Cinta mengejar kita untuk hidup berdua Bukan untuk mendua.
Cinta mengajar kita untuk setia dihati Bukan untuk mengingkari.
Cinta mengajari kita untuk saling berbagi Bukan untuk saling menyakiti.
Dan cinta mengajari kita saling menyayangi Bukan untuk mengkhianati."

Banyak perkara yang mengganggu fikiran aku sejak akhir-akhir ini.
Banyak juga isu yang timbul sejak akhir-akhir ini.
Aku suka menulis. Sangat cintakan penulisan. Ada sahaja ilham yang Allah beri untuk aku coretkan sesuatu.

Kegusaran melanda diri bila semua isu mahu …

Cebisan Kenangan

Imej
Assalamualaikum...

03 JUN 2014

Dok study madah nahu sorof.. Sambil study, telinga aku ni aku sumbat la dengan earphone sony ericson kesayangan aku tu.. Dok dengaq lagu macam-macam la.. Lagu nasyid ada, qasidah ada, lagu orang putih ada.. macam-macam lahh.. Sampai la aku terdengar satu lagu ni,

"Ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga, Meskipun kini kita terpisah demi kasihnya, Namun cebisan kenangan kita, Sentiasa bermain di bayangan mata, Detik waktu yang berlalu, Menjadi memori kau dan aku."
Pastu aku baru teringat, 2 taon lepas, aku ngan kawan-kawan aku sampai ke bumi yang penuh dengan barakah ini, Mesir. Mula-mula kami sampai sini, mula-mula cam tak pecaya gak la kan.. Aku rasa macam mimpi pulak time tuu.. Mana tak macam dalam mimpinye. Dalam flight tidoq memanjang.. Sampai-sampai ja terus bangon.. Pastu tengok-tengok dah memang kat Mesir dahh.. Time tu baru pukul 4.30 pg waktu Mesir.. Kat Malaysia ada la dalam pukul 10.30 pg.. Hari Sabtu.. Mula-mula sampai tu mata ni nakai g…

Cerminan Realiti Kemanusiaan

Imej
Belajar mengenai sesuatu perkara yang ada didalam kehidupan kita dan disekeliling yang berada disamping kita . Kita belajar untuk meraikan perangai sahabat yang pelbagai. Asasnya adalah untuk menerima seseorang itu seadanya. Jika yang dilihat padanya kekurangan dan kelemahan, maka wajib juga bagi kita untuk mencari kekuatan dan kelebihannya.


- Jika kelemahannya panas baran, mungkin kelebihannya pandai       berkata-  kata.
- Jika kekurangannya ego yang tinggi, mungkin dia sangat       mengambil berat tentang sahabat lain.
- Jika dia garang dan keras kepala, mungkin juga dia tetap dalam       pendirian dan keputusan.
- Jika dia terlalu manja, mungkin dia pandai bergurau       dan menceriakan sahabat-sahabat yang berduka.
- Jika mulutnya laser tanpa insurans, mungkin dia hebat      dalam kepimpinan.
- Jika dia pendiam dan terlalu senyap, mungkin tarbiyahnya       hebat berbanding kita.
- Jika dia kaki movie dan hantu komik, mungkin dia       lebih hebat berdakwah.
- Jika dia suka menyanyi, mungki…