Cebisan Kenangan

Assalamualaikum...

03 JUN 2014

Dok study madah nahu sorof.. Sambil study, telinga aku ni aku sumbat la dengan earphone sony ericson kesayangan aku tu.. Dok dengaq lagu macam-macam la.. Lagu nasyid ada, qasidah ada, lagu orang putih ada.. macam-macam lahh.. Sampai la aku terdengar satu lagu ni,

"Ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga,
Meskipun kini kita terpisah demi kasihnya,
Namun cebisan kenangan kita,
Sentiasa bermain di bayangan mata,
Detik waktu yang berlalu,
Menjadi memori kau dan aku."

Pastu aku baru teringat, 2 taon lepas, aku ngan kawan-kawan aku sampai ke bumi yang penuh dengan barakah ini, Mesir. Mula-mula kami sampai sini, mula-mula cam tak pecaya gak la kan.. Aku rasa macam mimpi pulak time tuu.. Mana tak macam dalam mimpinye. Dalam flight tidoq memanjang.. Sampai-sampai ja terus bangon.. Pastu tengok-tengok dah memang kat Mesir dahh.. Time tu baru pukul 4.30 pg waktu Mesir.. Kat Malaysia ada la dalam pukul 10.30 pg.. Hari Sabtu.. Mula-mula sampai tu mata ni nakai gak la.. Rasa macam nak tengok suma benda. Hahaha.. 

Bagi aku, benda first yang pelik yang aku jumpa kat sini, yang takdak kat Mesia tu, piring astro tu ada banyak sangat kat atas rumah-rumah orang arab.


Hah, macam dalam gambaq ni la.. Pelik kan? Hahaha.. So amazing! Tapi apa-apa pon, memang Mesir ni tak sama macam Malaysia.. Er, sebenarnya aku tak tau nak tulis pa.. Aku boleh tunjuk gambaq-gambaq ni ja kat ampa semua.. Biarlah gambar berbicara..


EgyptAir.. Selesa gak la naik flight ni. Bagi aku, aku takleh tidoq sangat time dok dalam flight ni. Sebab rasa macam tak selesa.. hahaha




Welcome to Egypt! :)



Tudiaa, batch kami ja berderet-deret.. hahah.. 18 lelaki, 24 perempuan.




"Friends are like ballons. If you let them go, you can't get them back. So, i'm gonna tie you, to my heart. So, i will never lose you."


Yeah, akhirnya, sudah sampai di rumah kediaman kami. Nur Tower. Tu yang pakai jubah hitam kopiah puteh ni ustaz kami. Dia ajar kami Bahasa Arab. Yang jubah kelabu tu pulak bawab kami.. Merangkap bapa angkat aku ataupon guru aku, Abu Yaseer. :)



Kami diberi ruang dan peluang untuk on9 petang tu.. Tujuan on9, mesej ngan mak ayah. Kata kami selamat dah sampai ke bumi yang penuh barakah ini. :)




Pemandanga sekitar imarah kami. Ada tempat main futsal.





Hari kedua kami kat sini, kami pi beli barang keperluan. Baldi, hanger, pinggan, mangkuk dll.. 



Lepas kami semua pi beli barang, kami lepak pulak kat kedai asir Abu Umar dekat dengan imarah kami. Asir kat sini, serius aku tak tipu. Sedap sangat.. Aku rasa kalau aku balik Malaysia, aku rindu Mesir. Bagi aku Mesir ni dunia buah-buahan.


"Bina persaudaraan seperti dalam satu kaum keluarga, satu aqidah, satu hala tuju, satu tempat datang, dan satu pula tempat pergi. Sakit sama dirasakan sakitnya, dan senang sama dipanjatkan syukurnya."



Rehlah ke Piramid, Giza. Sekitar Kaherah aja.. Kami tak masok pon dalam piramid tu.. Sebab situ kan tempat-tempat yang kurang elok sikit. kami tengok dari luar aja..





Kata Luqman kepada anaknya, "Jika ingin mencari teman, ujilah dia dengan membuatnya marah. Jika dia tak sabar dengan sikapmu, jauhilah dia."






At Jabal Muqattam. Tengok matahari tenggelam.


Kat maqam Imam Syafie. Kat dalam masjid ni, ada tapak kaki Rasulullah SAW. Wallahu'alam..




"Mengenalimu adalah 1 kesyukuran, bergurau denganmu adalah 1 kebahagiaan, menyakiti hatimu akan kuelakkan, dan 1 permintaan dariku semoga persahabatan kita abadi hingga mati memisahkan kita."




Bulatan gembira di Masjid alAzhar.


“Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.”


Hehehe.. Sebenarnya aku pon dah mengantok sangat dah ni.. mau tidur bhaa.. Aku pon tak tau nak tulis apa dah ni.. Akhir kalam dari aku, asif kalau entry kali ini sangat membosankan. hahaha.. apa2 pon, kenangan itu indah.. :)


"Ketika kita ingat balik masa lalu, atas apa yang telah kita alami, simpanlah kenangan baik dalam ingatan kita, dan biarlah kenangan buruk buat kita kuat."

-FarahNadiraRoslan-

Wallahu'alam ...



Farah Nadira Roslan,
Madinet Nasr, Egyption.


*Sumber gambar: Facebook Akademi Huffaz Asy-Syarif, sahabat-sahabat AHM.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rindu Mesir

~TENTANG CINTA~