Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

Terukirnya Ilmu, Terpahat Cahaya Di hati

Imej
Sedarkah kita bahawa ilmu memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Dengan adanya ilmu di dada, semua kerja yang hendak kita lakukan akan menjadi seperti apa yang kita inginkan. Percaya atau tidak dengan kata saya ini !!! Ok cuba kita lihat dari aspek masakan, seandainya seorang suri rumah atapun chef tidak mempunyai ilmu dalam bidang masakan, sudah tentu apa yang hendak direkaciptakan tidak akan berhasil. Kemungkinan besar rekacipta yang dihasilkan tidak cukup rasa, teksturnya kurang dan warna yang tidak menarik hati si pemasak dan si pemakan. 
Antara contoh lain yang boleh saya berikan ialah dalam bidang perguruan. Seandainya seorang guru itu tidak mempunyai ilmu untuk mendidik anak pelajar dengan jayanya dalam pengajaran , bagaimana mungkin pelajar tersebut akan berjaya. Oleh sebab itu, ilmu penting dari semua aspek tidak kira dari segi ilmu agama, ilmu dunia, ilmu alam pekerjaan dan sebagainya. Seharusnya para guru hendaklah memperlengkapkan diri denga…