Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

Bekas Hati?

Imej
Asbab mengapa manusia terkadang tidak terkesan dan tidak mahu berubah…

Bukanlah sebab dia tak ada/dapat ilmu,
Bukanlah tak ada siapa mendakwahkan dia..

Tetapi kerana…


Bekas hatinya belum bersedia untuk dibukakan untuk dimasukkan dengan makanan hidayah.

Lantarannya, apa sahaja yang dilontar bagi makanan hatinya, dipantulkan keluar semula, bagaikan sebuah bola yang terlantuk dek dibaling ke dinding.

Kerana itulah ada pepatah Arab mengatakan:


Nahnu nu’min, qabla Al-QuranKami ini beriman , sebelum datangnya Quran
Kerana itu, amat penting, sebelum kita memberikan kesedaran dan percikan kefahaman yang bertalu-talu kepada manusia,

Perlulah kita menyediakan bekas hatinya untuk menerima bekalan tersebut.

Bekas hati itulah perlu diketuk. Diketuk dengan sentuhan hati, diketuk dengan kesedaran yang kita campakkan padanya, diketuk dengan keperibadian kita, diketuk dengan doa kita.

Sebab itu, muqaddimah kepada setiap pengisian itu amat penting, kerana dia menyediakan bekas hati untuk mendengar dan menerima mu…

Mawar Berduri

Imej
"Hati kami baik walaupun kami tak tutup aurat." Adakah hati itu baik dan sihat jika melanggar perintah Allah swt?
Apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? Setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya?

Sabda Rasulullah Saw: Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )
Harta Paling Berharga

Bagi orang yang berpuasa, mereka akan memasuk syurga melalui pintu puasa yakni pintu Ar-Rayyan, begitu juga yang syahid, dermawan dan sebagainya. Tetapi bagi wanita solehah, mereka ada peluang untuk memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang mereka sukai. Sungguh tinggi darjatnya disisi Allah swt. Abaikanlah andai darjat anda disisi manusia diperosok …

Tanbihul Ghafilin

Imej
Antara buku yang saya gemari (erm yang berunsur tidak lagha, fuh -_-‘) ialah Tanbihul Ghafilin tulisan Abullaits Assamarqandi. Maksud perkataan Tanbihul Ghafilin ialah ‘peringatan bagi yang lupa’. Versi yang ada pada saya adalah yang sangat lama,di mana cetakan pertamanya ialah pada tahun 1978 dan ini jilid yang kedua. Penerbitannya dan alih bahasanya daripada Indonesia. Ya saya perasan kebanyakan buku alih bahasa daripada para ulamak adalah dari seberang..hu Buku ni sangatlah best dan dekat di hati saya, pengisiannya sangat basah dan masuk ke hati… Subhanallah.. Saya ingin kongsi sedikit pengisiannya dalam satu bab yang menggetarkan jiwa, iaitu: 

Bab ujub (sombong dengan amalnya).  Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Ubaidah berkata: Abdullah bin Mas’uud r.a berkata:
Keselamatan ada dua macam: Takwa dan niat. Dan binasa itu juga dalam dua macam. Putus harapan dan ujub (sombong diri)”
Wahb bin Munabbih berkata: Dahulu ada seorang yang beribadat selama 70 tahun, berb…

Study vs Kahwin

Imej
Selalu kita dengar orang kata "utamakan yang lebih utama" lebih2 lagi ibubapa, abang kakak, atau rakan-rakan bila kita bercakap pasal kahwin semasa belajar. memang benar kita perlu utamakan apa yang lebih utama, tetapi hakikatnya....apa priority yang sebenar?? tak ramai yang boleh senaraikan dengan tepat. majoriti hanya mengikut pandangan orang ramai dari pelbagai perspektif mereka sendiri. Antaranya: "sebagai pelajar, paling utama dan juga tanggungjawab kamu adalah habiskan pelajaran hingga dapat segulung sijil demi masa depan dan pekerjaan kamu" sekaligus statement keras ini menafikan tanggungjawab yang lebih utama ke atas kita iaitu sebagai seorang muslim.....!

mesti ramai di antara anda akan kata "cop cop cop.....saya tak setuju!"

anda mungkin mempunyai pandangan berbeza tetapi saya mempunyai sebab kenapa saya kata begitu. cuba lihat di sekeliling kita...berapa ramai lebih sanggup menjual kehormatan diri, kerana merasakan study tu lebih penting dari men…

Aku Di Tengah

Imej
Dua insan yang diuji dalam percintaan

Aku ditengah-tengah mereka.

Yang ini, bicaranya begini.

Yang satu lagi, bicaranya begitu.

Kudengar suara di telinga kanan berbisik "carilah cara, damaikan mereka"

Di telinga kiri, kudengar " Baguslah tu, kau jadilah batu api. Biar yang lagi satu tu benci kat dia. Dan, dia akan sayang kau lebih "

Aku masih sedar . Aku lebih menangkap apa yang dibisikkan di telinga kananku.

Aku tidak mahu jadi batu api untuk memusnahkan cinta mereka.

Biar mereka bercinta, aku bahagia melihatnya.

Hanya doa yang mampu aku titipkan. Moga kalian bercinta hingga ke syurga.

Cemburu ? Oh, mudah-mudahan tidak ada kerna aku menyintai kedua-duanya.

Walau aku tahu, aku lebih awal hadir dalam hidupnya berbanding dia.

Tapi, tidak mengapa, hati itu Allah yang pegang.


Nota hamba : Cinta itu sering teruji, bukan ? Hatta cinta kepada DIA pun . Apalagi cinta manusia yang hina .

Wahai kamu, aku tidak suka sebenarnya melihat kalian begini. Carilah solusi antara kalian, kerana sol…