Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

Nota fikir untuk zikir

Imej
Seorang budak menangis ketika melihat unggun api terbakar. Bila khalifah Harun Ar Rasyid bertanya, “mengapa dia menangis?” Budak itu menjawab, “aku takutkan api neraka.” Khalifah yang adil itu memujuk, “anak kecil seperti mu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.” Sebaliknya budak itu menjawab, “aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku di neraka kelak…Aku umpama kayu kecil itukah?” Mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis…

Seorang murid duduk termenung di tepi laut, guru sufinya bertanya, “ada sesuatu yang kau fikirkan apabila melihat laut?” Dalam hati guru sufi itu mengharapkan jawapan yang mendalam daripada muridnya hasil pengajarannya selama ini. Murid itu merenung gurunya lantas berkata, “ya, wahai tuan guru. Ketika laut bergelombang seperti ini tentu harga ikan menjadi mahal!” Guru sufi menggeleng-gelengkan kepala. Ru…