Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

Tenanglah tenang, ia akan datang..

Imej
Pernah rasa ditinggalkan? Pernah rasa tertekan sehingga kadangkala terasa seperti terkorban? Pernah rasa sempit sehingga menyesakkan? Gagal dalam sesuatu perkara kemudian tenggelam dalam kekecewaan? Diuji hebat sehingga rasa kesesakan? Kita rasa seakan sendirian. Tiada siapa mahu mendengar cerita kita. Kita rasa tiada bantuan. Tiada siapa mahu menghulurkan tangan. Lebih buruk lagi, sehingga satu tahap, kekecewaan kita sampai kepada kehilangan kepercayaan kepada Allah SWT. Kita kata… Allah sudah tinggalkan kita. Tenang. Tenanglah tenang. Sesungguhnya pertolongan itu akan datang.
Hakikat ujian Segala yang menyukarkan itu adalah ujian. Segala kesenangan juga adalah ujian. Jangan rasa sempit apabila anda disusahkan sesuatu. Belajarlah untuk berlapang dada. Anda kena yakin bahawa, hidup adalah ujian. Ya, hidup itu sendiri satu ujian. Susah senang, semuanya ujian. Yang anda perlu kisah, bukannya ujian anda itu senang atau susah, yang anda perlu kisahkan adalah kenapa Allah memberikan ujian? Kenapa…

Izinkan aku menjadi musyrifmu

Imej
Telah masuk bulan kedua aku bernafas disini. Kota Kaherah adalah kota padang pasir metropolitan. Di hiasi bunyi-bunyi hon tidak kira siang ataupun malam. Aku kira itu mungkin suatu suasana yang bisa menarik sukma segenap jiwaku. Kisahku pasti akan menarik mulai detik ini. Apa yang paling "menarik" adalah namaku sudah ada dalam senarai  musyrif terpasak padu sebalik  cermin kaca di ruang lobi Asrama Darul Aman. Aku membesarkan dua anak mataku bulat-bulat melihat suatu nama disitu.  "Alamak! itu namaku. Iskandar Zulkarnain Bin Ishak. Aduh, siap bagi nombor telefon lagi. Nasib baik aku ada dua nombor." Bisik hatiku sambil tersenyum sinis.Malam itu juga aku menerima satu panggilan dari akhawat. Pada mulanya aku malas dengan amanah ini,namun aku dukung juga. Hambar dan keterpaksaan. Saban hari,aku berasa seronok dengan tugas ini. Setiap kali aku menghantar mereka ke destinasi masing-masing, rezeki ku tidak putus-putus. Ada sahaja "hadiah" dari mereka untukku. …

Tercipta Untukmu..

Imej
WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini? LELAKI: Kamu!!! WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa? LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku. Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ke…