Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Korek Si Diri

Imej
Bila koreksi diri, banyaknya kutemui kekurangan & kekhilafan diri, lantas aku merasakan tidak pantas  untuk aku bersedih dengan segala hadiah ujian dariMu kerana aku yakin , aku pasti itulah tanda aku masih diberi peluang untuk kembali padaMu sebelum tiba satu saat aku pergi tak akan kembali. Solat . Sabar . Senyum . Syukur .
Redha . Qanaah . Ikhlas.

Subhanallah, lama sangat tidak menulis. 
Ya, aku sengaja tidak menulis kerana rohaniku tidak bersedia.
Bila seseorang tenggelam dalam sebuah dosa, lidahnya tidak akan sanggup melarang orang lain daripada melakukan dosa yang sama, apatah lagi untuk bersikap tegas.
Kalau ingin bicara tanpa beban, bebaskan dulu diri sendiri dari dosa yang membelenggu supaya diri tidak merasa hipokrit !
Dosa atau maksiat itu menghambat urusan dunia, agama, dan akhirat. Dalam urusan dunia, rezeki menjadi terhalang. Dalam urusan agama, ilmu dan al-Qur'an yang sudah dihafal menjadi lupa. Dalam urusan akhirat, jelas sekali celaka menanti. Tidak ada untungnya ber…

Lelaki pilihan Allah

Imej
kesinambungan dari cerpen " demi anak ummi "


Jam menunujukkan waktu solat fardhu Zohor. Suasana di Masjid Al-Azhar mendamaikan, sedamai para ulama' yang berada disana. Kelihatan sebahagian ikhwah disana membuka sarung kaki mereka memijak lembut lantai putih penuh sopan. Mengambil berkat tapak kaki beribu ulama' . Mengharapkan jalan mereka sejajar mengiringi perjalanan para fuqaha' seluruh dunia. Disana juga kelihatan susuk tubuh sasa berbaju hijau milik seorang anak muda berumur 27 tahun sedang duduk bersila bersama kitabnya sambil menunggu jemaah yang lain tiba. Anak kelahiran Bumi Mesir ini memiliki raut wajah bangsa arab. Kulitnya tampak  putih serta hidungnya yang mancung manakala jambang di wajahnya membuatkan ramai tidak menyedari bahawa darah yang mengalir di badannya adalah darah anak melayu. Walaupun dia dilahirkan di Mesir, namun dia dibesarkan di tanah melayu oleh seorang ayah bersusah payah selepas kematian ibunya. Imran Mujahid Bin Ahmad Kamal suatu n…

Demi anak Umi

Imej
“Kamal ingin nikah abah”. Sebaris ayat ringkas yang membuatkan orang tuanya terkilan terpaksa diluah juga akhirnya. Ahmad Kamal merupakan pelajar kuliah Usuluddin Universiti Al-Azhar cawangan Tanta,Mesir. Dia telah jatuh hati pada seorang gadis bijak dan manis bernama Nur Siham . Siham juga merupakan mahasiswi universiti tersebut dimana berpusat di Ibu negara itu, Kaherah. Cinta antara dua hati ini pada mulanya ditentang hebat oleh keluarga masing-masing. Namun dengan izin Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Agung, pasangan ini selamat diijab kabulkan setelah selesai urusan berkaitan pernikahan mereka di kedutaan Malaysia. Mendirikan rumah tangga di awal usia 20-an dan masing-masing masih menuntut ilmu malah merantau negara orang adalah sukar diterima oleh segelintir masyarakat kini. Hanya kerana mereka menganggap kegagalan dalam pembelajaran berpunca daripada pernikahan. Kamal dan Siham adalah pasangan yang cukup berbeza. Mereka lebih mengutamakan ilmu disamping ingin menjaga kesucian…