Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2015

Demi anak Umi

Imej
“Kamal ingin nikah abah”. Sebaris ayat ringkas yang membuatkan orang tuanya terkilan terpaksa diluah juga akhirnya. Ahmad Kamal merupakan pelajar kuliah Usuluddin Universiti Al-Azhar cawangan Tanta,Mesir. Dia telah jatuh hati pada seorang gadis bijak dan manis bernama Nur Siham . Siham juga merupakan mahasiswi universiti tersebut dimana berpusat di Ibu negara itu, Kaherah. Cinta antara dua hati ini pada mulanya ditentang hebat oleh keluarga masing-masing. Namun dengan izin Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Agung, pasangan ini selamat diijab kabulkan setelah selesai urusan berkaitan pernikahan mereka di kedutaan Malaysia. Mendirikan rumah tangga di awal usia 20-an dan masing-masing masih menuntut ilmu malah merantau negara orang adalah sukar diterima oleh segelintir masyarakat kini. Hanya kerana mereka menganggap kegagalan dalam pembelajaran berpunca daripada pernikahan. Kamal dan Siham adalah pasangan yang cukup berbeza. Mereka lebih mengutamakan ilmu disamping ingin menjaga kesucian…