Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

Lelaki pilihan Allah

Imej
kesinambungan dari cerpen " demi anak ummi "


Jam menunujukkan waktu solat fardhu Zohor. Suasana di Masjid Al-Azhar mendamaikan, sedamai para ulama' yang berada disana. Kelihatan sebahagian ikhwah disana membuka sarung kaki mereka memijak lembut lantai putih penuh sopan. Mengambil berkat tapak kaki beribu ulama' . Mengharapkan jalan mereka sejajar mengiringi perjalanan para fuqaha' seluruh dunia. Disana juga kelihatan susuk tubuh sasa berbaju hijau milik seorang anak muda berumur 27 tahun sedang duduk bersila bersama kitabnya sambil menunggu jemaah yang lain tiba. Anak kelahiran Bumi Mesir ini memiliki raut wajah bangsa arab. Kulitnya tampak  putih serta hidungnya yang mancung manakala jambang di wajahnya membuatkan ramai tidak menyedari bahawa darah yang mengalir di badannya adalah darah anak melayu. Walaupun dia dilahirkan di Mesir, namun dia dibesarkan di tanah melayu oleh seorang ayah bersusah payah selepas kematian ibunya. Imran Mujahid Bin Ahmad Kamal suatu n…