Lelaki pilihan Allah


kesinambungan dari cerpen " demi anak ummi "



Jam menunujukkan waktu solat fardhu Zohor. Suasana di Masjid Al-Azhar mendamaikan, sedamai para ulama' yang berada disana. Kelihatan sebahagian ikhwah disana membuka sarung kaki mereka memijak lembut lantai putih penuh sopan. Mengambil berkat tapak kaki beribu ulama' . Mengharapkan jalan mereka sejajar mengiringi perjalanan para fuqaha' seluruh dunia. Disana juga kelihatan susuk tubuh sasa berbaju hijau milik seorang anak muda berumur 27 tahun sedang duduk bersila bersama kitabnya sambil menunggu jemaah yang lain tiba. Anak kelahiran Bumi Mesir ini memiliki raut wajah bangsa arab. Kulitnya tampak  putih serta hidungnya yang mancung manakala jambang di wajahnya membuatkan ramai tidak menyedari bahawa darah yang mengalir di badannya adalah darah anak melayu. Walaupun dia dilahirkan di Mesir, namun dia dibesarkan di tanah melayu oleh seorang ayah bersusah payah selepas kematian ibunya. Imran Mujahid Bin Ahmad Kamal suatu nama tidak asing lagi di kalangan pelajar Malaysia. Kerana sikapnya yang baik, ramah dan suka menolong orang. Tetapi sayangnya jejaka kacak ini sudah menjadi milik Aisyah Humairah. Isterinya yang cantik dan bijak itu berada di tanah air. Hampir setahun mereka mendirikan rumah tangga atas dasar cinta antara satu sama lain. Walidnya Ahmad Kamal mengambil keputusan untuk meminang Aisyah tahun lalu dan dinikahkan dalam majlis yang serba ringkas. Bermaharkan surah Al-Imran yang dialunkan oleh anaknya sendiri sewaktu akad nikah. Imran sudah menghafal keseluruhan kitab suci Allah sewaktu umurnya 13 tahun. Jadi dia sudah terbiasa dengan ayat suci itu. Maha Suci Allah! pernikahan yang unik ini disaksikan puluhan wartawan ketika itu. Dan perkahwinan ini menjadi ikutan beberapa pasangan lain.

*****************************************

Kini jarak telah memisahkan mereka. Imran adalah pelajar tahun akhir Master  Al-Azhar kuliyyah Syariah Takhasus Usul Fiqh. Cita-citanya untuk menjadi seorang murabbi muda kian menampakkan sinarnya. Dia berhasrat ingin membawa isterinya tinggal disini buat selamanya. Memandangkan isterinya itu baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti tempatan, Imran menyuruh Aisyah membuat urusan secepatnya. Itulah pengarang jantung Imran satu-satunya. Dengan adanya Aisyah disisi, Imran mungkin akan lebih bersemangat. Telefon bimbit Imran bergetar perlahan. Dia segera mengambilnya dan melihat terdapat pesanan ringkas dari isterinya. Pesanan jauh, melangkah dua benua."Assalamualaikum abang, Aisyah hamil alhamdulillah.. :) ". Imran tersenyum sendiri dan dia terus menyujudkan diri di masjid yang tersergam indah itu. Sujud syukur. Imran segera membalasnya, " Alhamdulillah malam nanti abang call."Selesai solat zuhur, Imran terserempak dengan tiga sahabat baiknya. Mohammed, Ziyad dan Abdullah. Warga mesir yang sangat cintakan negara. Nampaknya mereka begitu berpuas hati dengan pemerintahan Presiden Mursi. Dia dapat rasakan yang ketiga-tiga pemuda itu sanggup melakukan apa sahaja agar gerakan islam Ikhwanul Muslimin tetap teguh menaungi Bumi Nabi Musa itu. Abdullah mengajak Imran menelaah di maktabah. Katanya ada kitab rujukan yang bagus disana. Mereka berempat pergi bersama-sama. Semangat setiakawan antara mereka tidak dapat disangkal lagi. Ziyad sudah menjadi seorang bapa. Dan dia digelar Abu Asma'. Kerana anak perempuannya bernama Asma'. Manakala Mohammed dan Abdullah baru sahaja mendirikan rumah tangga. Imran juga ikut pergi semasa majlis berlangsung. Sederhana tetapi meriah.Imran pulang agak lewat malam itu. Berbekalkan roti yang dibeli semasa perjalanan pulang ke rumah. Dia melabuhkan tubuhnya di ruang tamu. Cuaca yang sangat panas membuatkan dia kurang selesa berada di bilik. Tiba-tiba dia teringatkan isterinya lalu segera menekan suatu nombor. " Assalamalaikum Aisyah, sihat ke? abang ucapkan tahniah untuk awak. "" Waalaikumusalam. Aisyah ucapkan tahniah untuk abang juga. Tapi abang.. "  " Tapi apa Aisyah? Awak tak sihat ke? " . Nada Aisyah terhenti panjang. "Err.. Takde pape lah abang Aisyah okay, muntah-muntah tu biasala, abang jangan risau ye? " Jawapan Aisyah itu memberikan seribu satu kelegaan buat Imran. Dia sangat risaukan kesihatan isterinya itu. Sejak perkahwinan ini, Aisyah selalu saja keluar masuk hospital. Imran tidak sempat menemani isterinya ke hospital kerana terpaksa menghabiskan pengajiannya di Mesir. Dia hanya mampu bertanyakan khabar dari jauh setiap hari. Perbualan mereka malam itu agak panjang. Aisyah menceritakan aktiviti harian kepada suaminya. Manakala suaminya pula menjadi pendengar yang setia. Setia pada isterinya yang satu. Tiada dua dan tiada tiga. Bagi Imran, Aisyah sudah cukup menjadi empat orang isteri. Inilah yang dinamakan cinta. Saling terima akan keburukan masing-masing dan sentiasa bersifat terbuka.

*********************************************

Dua bulan berlalu tanpa disedari , rutin harian Imran berjalan seperti biasa. Dia akan solat subuh di masjid berdekatan kemudian mengajar di Hayyu Asyir. Selepas jam 9pagi dia akan bertemu dengan beberapa orang gurunya untuk membaca kitab Hadith dan Fiqh. Pada waktu petang pula dia singgah ke Masjid Azhar bersama tiga rakan seperjuangan bagi menyelesaikan tesis mereka. Manakala waktu malam dia meluangkan masa untuk Persatuan. Baginya, persatuan amat penting. Bagaimana hendak menakluki jemaah yang besar seperti Ikhwanul Muslimin sedangkan jemaah yang kecil di abaikan? Imran banyak belajar dari tiga sahabatnya tadi. Mereka telah membuka mata Imran untuk terus membangun bersama ummah. Sesekali Imran akan menghantar mesej kepada isterinya merisik khabar keadaan disana. 

*******************************************

Imran menatap jam tangannya. Menanti sahabat-sahabatnya di tempat biasa. Tetapi malangnya seorang pun tidak muncul tiba. Perasaan hairan bermain di fikiran Imran."  Tak pernah lewat macam ni.. sudah pergi kemana tiga ikhwanku.." Bisik hati Imran. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah sahaja kerana perintah berkurung sudah dikeluarkan. Oh ya! Mesir bergolak lagi. Kali ini lebih dasyat dari sebelumnya.  Imran sering juga mendengar temannya berbicara tentang perhimpunan aman di Rabaah dan Nahdah. Tetapi malangnya perhimpunan itu bertukar menjadi medan berdarah. Regim tentera As-Sisi dengan bongkaknya merampas kuasa Presiden idola dunia itu. Mereka tanpa segan silu menggulingkan kerajaan yang elok sistemnya selepas setahun pemerintahan. Kerajaan islam yang telah di pilih sah oleh majoriti rakyat. Mereka memilih pemimpin yang bukan calang orangnya. Berfikrahkan Ahlul Sunnah wal Jamaah, berpaksikan  Al-Quran dan As-Sunnah dan membuka laluan pintu terowong Rafah iaitu penghubung antara negara Mesir dan Palestin. Mana mungkin tindakan itu dilakukan oleh presiden sebelum ini. Hal ini membangkitkan kemarahan seluruh manusia yang berada di atas muka bumi ini.

************************************************

Malam itu Imran termenung panjang. Menongkat dagunya menyaksikan negara tempat tumpah darahnya ini terumbang ambing bagai tiada kesudahan.  " Ya Allah selamatkan Mesir. " Detik suatu doa di sanubarinya . Itu sahaja yang dia mampu lakukan ketika ini. Hati Imran kian meronta.  Nafasnya juga tersekat-sekat. Air mata yang mengalir tidak terkira banyaknya. Mengenangkan nasib negara bertuah itu. Duduk tidak senang, berdiri pun tidak senang. Imran melangkah lemah menuju ruang mejanya dan duduk menulis satu nota kecil. Seusai menulis, dia memasukkan ke dalam sampul berwarna kuning. Nama yang tertera di situ adalah " Zaujahku Aisyah Humairah." Dia sekali lagi tidak senang duduk. Lamunan Imran dikejutkan dengan bunyi telefon bimbit. Dia segera berlari-lari anak mendapatkan telefonnya dengan seribu harapan, menanti berita dari salah seorang sahabatnya yang sedang berhimpun di medan Rabaah. Imran mengukir senyuman kerana nama yang tertera disana adalah Ziyad. Dalam perbualan itu, Ziyad menerangkan kepada Imran bahawa mereka bertiga berada dalam keadaan selamat. Mereka akan berada disana sehingga jawatan Presiden diserahkan semula. Ziyad juga memintanya untuk teruskan berdoa untuk Mesir. Ziyad, isteri serta anaknya sudah "berkampung" di sana. bagi menunjukkan semangat jihad mereka akan negara yang tercinta. Imran juga turut terkesan dengan semangat keluarga mulia ini. Anak mereka berusia 4 tahun seakan-akan mengerti tugas seorang pejuang. Duduk dan bantah mempertahankan kebenaran. Demi anak bangsanya juga.

*************************************************

Tanggal 15 ogos 2013, Imran sekali lagi telah menerima panggilan dari Ziyad. Suatu tarikh yang memberikan impak mendalam dalam sejarah hidup mereka berdua. Abdullah dan Mohammed telah terbunuh! Abdullah ditembak di bahagian kepala manakala Mohammed terbunuh akibat terhidu gas pemedih mata yang melampau. Imran terpana buat seketika. Dia segera bergegas ke tempat kejadian bagi menyaksikan sendiri teman-teman yang amat di kasihi. Betapa terkejutnya Imran melihat keadaan disana. Keadaan disana kuncar-kancir.Tentera Mesir semakin kejam dan tidak berperikemanusiaan. Mereka dengan sengaja meratah tubuh rakyat sendiri tanpa rasa bersalah. Satu persatu dari mereka ditembak, digelek dengan kereta kebal dan disepak terajang begitu sahaja. Ratusan kanak-kanak dan wanita lari bertempiaran. Ada juga dikalangan mereka dibakar oleh tentera As-Sisi yang berhati binatang. Masjid Rabaah Al-Adawiyah yang dahulunya berdiri megah juga dibakar hangus.Rakus dan kejam. Imran hanya mampu menadah tangan ketika itu dan melaungkan "Allahu Akbar!" . Sesungguhnya rakyat mesir sedang dizalimi dengan dasyatnya. Apa yang lebih dasyat ialah semua rakyat yang menyokong Presiden Mursi dilabel sebagai pengganas biarpun dia bukan dari kalangan Ikhwanul muslimin.  Apa yang berlaku ketika ini bukanlah kerana politik semata-mata. Nyawa umat Islam terkorban tanpa sebab yang munasabah.Tentera As-Sisi kini kian "menggila". Mereka juga telah "menyembelih" penduduk tempatan negara mulia itu secara haram. Sudah terang lagi bersuluh. Lagak tentera disana saling tidak tumpah seperti samseng jalanan. Buas dan ganas bak serigala jadian. Rampasan kuasa yang tidak sah ini telah mencabar semangat jihad para pencinta agama. Biarpun keadaan disana kelam kabut, masih ada yang berbaki tidak gentar diri mereka dibunuh. Imran juga telah disuntik roh keberanian. Darah garuda dalam badannya kian membuak-buak.Kali ini dia benar-benar nekad. Gendang perang semakin kuat di canang, semboyan jihad turut kuat memanggil jiwa-jiwa yang ada disana.Dia juga sekali-kali tidak goyah dan takut untuk berjuang menentang kebatilan. Di arus semangat itu, tiba-tiba anak matanya melereng ke sebelan kanan. MasyaAllah! Ziyad! Dia segera mendapatkan Ziyad dalam keadaan nyawa-nyawa ikan yang telah ditembak dibahagian dada oleh polis berhati batu. Ziyad cuba mengatakan sesuatu disana. Imran sedaya upaya mendekatkan telinganya ke mulut Ziyad. " Benti Asma' Ya akhi...La ilaha illa llah...Muhammadu Rasulullah...". (Anakkku Asma' wahai saudaraku..Tiada Tuhan Selain Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah).  Walaupun belum sempat Ziyad menghabiskan kalamnya, Imran mengerti bahawa As-Syahid meminta pertolongannya untuk menjaga Asma' puteri kesayangan. Imran menutup matanya menahan sebak. Innalillahi wa inna ilaihi rojiu'n. Satu-satunya sahabat yang tinggal di jemput Illahi dengan cara Husnul Khatimah. Imran di amanahkan untuk menjaga Asma' puteri As-Syahid. Jenazah As-Syahid diangkat oleh rakan yang lain. Isterinya juga terbunuh kerana ditembak. Imran bergegas ke sebuah khemah untuk mencari Asma'. Kanak-kanak comel itu duduk dalam keadaan ketakutan. Mata Asma' terpandang pada Imran lalu dia segera mendapatkan Imran. Dipeluk Imran sekuat hatinya. " Ammu Imran! Aina Abi? aina Ummi? ".( pakcik Imran, mana ayahku? mana ibuku?) Imran hanya mampu mengerutkan dahi dan memeluk erat anak kecil yang baru sahaja kehilangan ayah dan ibunya. Anak seorang pejuang agama Allah kini di bawah jagaanya. 

********************************************* 

Imran menghendap suasana di luar khemah. Malangnya tentera dan polis makin giat "merancau" bagai orang gila. Imran menggendong Asma' dibelakangnya lalu mencari ruang dan peluang ke tempat yang lebih selamat. Apa yang penting sekarang adalah dia perlu memastikan keadaan Asma' terkawal. Imran juga melihat begitu banyak kanak-kanak seusia Asma' terlantar di jalanraya. Darah merah membanjiri kawasan itu. Imran menitiskan air mata menyaksikan semua ini lalu berlari sekuatnya. Sekuat harimau bintang barangkali. Asma' yang berada di belakangnya itu tidak putus-putus menyebut kalimah "Allah.Ahad..Allah..Ahad ". Itulah didikan dari keluarga yang soleh. Sentiasa ingat pada tuhan yang Menciptakan. Tiba-tiba di hadapan Imran terdapat seorang polis As-Sisi sedang memijak kepala seorang warga emas. Sudahlah dipijak kemudian di pukul dengan kayu sekuat hati. Mata Imran bertukar warna. Wajahnya yang putih melepak itu menjadi merah padam. Tanpa membuang masa lagi imran menerajang lelaki itu hingga tergolek. Lantas menghayunkan kayu itu tepat ke arah  kepala lelaki yang bertopi besi itu. Warga emas itu sudah tidak bernyawa lagi. Tubuhnya penuh dengan darah. Imran berasa sungguh marah! Dia sekali lagi pergi mendapatkan lelaki tersebut tetapi lelaki itu sudah tiada disitu. Tatkala Imran menoleh kebelakang, suatu das tembakan dilepaskan pada Asma' yang berada di belakangnya itu. Imran menjerit kuat. Imran meletakkan Asma' dibawah kemudian mendapatkan kelibat keji orang yang melepaskan tembakan tersebut. Imran menghentam muka lelaki itu sekuat hatinya. Lelaki itu sudah kelihatan lemah. Imran segera menuju ke arah Asma'. Dia menangis hiba sambil meribakan sang puteri Syuhada'. Tubuh anak kecil itu berlubang kecil. Baju Imran juga penuh dengan darah. Imran merebahkan dirinya atas jalan raya sambil memegang perutnya. Peluru Asma' telah memakan tubuhnya. Dia seolah-olah mengerti betapa sakitnya anak yang tidak berdosa itu ketika puluru datang singgah sebentar di badan Asma'. Mereka berkongsi peluru yang sama. Asma' syahid dalam dakapan Imran. Imran juga syahid dalam senyuman. Cita-cita tertingginya sudah tercapai. Mati di jalan Allah. " Terima kasih Ummi, kerana sudi menamakan saya sebagai Imran Mujahid.." ***********************************************Selepas beberapa bulan kejadian tersebut, Aisyah keguguran kerana dia menghidap penyakit kanser pangkal rahim. Doktor menyarankan agar Aisyah tetap berada di hospital kerana keadaannya begitu kritikal. Aisyah kini ditempatkan dalam wad Unit Rawatan Rapi (ICU) . Dia menggenggam erat satu kertas sejak dua hari yang lalu. Suatu coretan suaminya tercinta. Nota ringkas tetapi maknanya yang begitu mendalam. Disana suaminya menulis sepotong ayat Al-Quran yang maksudnya :


 " Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang yang gugur di jalan Allah ( bahawa mereka itu ) mati, bahkan sebenarnya mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya " - Al-Baqarah 154. 


Aisyah menutup matanya dan berdoa dalam hati. " Ya Allah, Engkau telah taqdirkan lelaki itu menjadi suamiku dan Engkau juga telah memilihnya syahid di jalan-Mu. Damaikan hatiku dengan ketentuanMu. Izinkanlah diri ini menjadi bidadari buatnya.. Amin Ya Allah..". Monitor yang berada di bilik Aisyah mengeluarkan bunyi yang panjang. Menandakan nadinya sudah tidak berfungsi. Aisyah pergi bersama memori. Di alam sana kekal abadi. Berharap agar menjadi serikandi buat sang suami. 

Ulasan

  1. Should there be another persuasive post you can share next time, I’ll be surely waiting for it. websites development

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cebisan Kenangan

Rindu Mesir

~TENTANG CINTA~