Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Poligami

Imej
Selit cerita kebaikan poligami ialah mampu menambah rezeki atas perkahwinan.Pada suatu hari ada seorang lelaki miskin datang berjumpa Rasulullah."Ya Rasulullah, aku ingin sekali keluar dari kemiskinan.""Kahwinlah."Dengan sukanya dia selepas mendapat jawapan daripada baginda, dia balik dan mula berkahwin buat kali pertama tetapi hidupnya masih miskin. Ketemunya semula dengan baginda atas soalan yang sama dan baginda menjawap jawapan yang sama. Lalu dia balik dan berkahwin buat kali ke duaTetapi hidupnya masih miskin.Dijumpa lagi baginda dan jawapan samanya, "Kahwinlah."Dia balik dan berkahwin buat kali ke tiga. Masih miskin.Dia datang lagi dan baginda menjawap, "Kahwinlah."Dan memang benar apa yang dikatakan baginda Rasulullah. Akhirnya hidup dia berubah kaya kerana isterinya ke empat pandai menjahit dan dia mengajar madu-madunya menjahit lalu perniagaan dilakukan oleh lelaki miskin itu.

Manusia

Imej
Setiap makhluk yang bernama MANUSIA itu, jika hidupnya sunyi dari ujian, itu bermakna dia sudah mati.

Jangan mati sebelum mati. Hidup ini perlu kita beri nyawa dengan nyawa "iman".

Hidup ini penuh dengan warna. Kadang-kadang berwarna putih, kadang-kadang berwarna hitam.

Ya, hidup ini bagaikan roda. Ada turun naik. Boleh di analogikan seperti basikal. 

Basikal, bila dikayuh, baru akan bergerak dan kita yang mengayuh pun, akan boleh duduk dengan selesanya sehinggalah kita berasa penat, kita berhenti.

Sebaik sahaja berhenti, jika tidak ditongkat, kita dan basikal sama-sama jatuh.

Begitu juga dengan bumi. Bumi ini berputar dan beredar, dan selagi dia terus mengikut perintah Allah untuk terus berputar dan beredar, selagi itulah kita boleh tinggal di atas bumi ini. 

Jika Allah memerintahkan dia untuk berhenti, saat itulah, bumi akan hancur.

Begitu juga kehidupan. Ada graf turun naiknya, jika senada plotnya, bermakna kita telah tiada. 

Kalam Ustaz Pahrol Md.Juoi :Kadangkala ada suatu …